
Sabah FC telah mengesahkan penandatanganan penyerang baharu dari Brazil, João Pedro Boeira Duarte, untuk memperkuat jentera serangan mereka dalam baki saingan Liga Super musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama sembilan bulan, bermula 15 Ogos 2024 hingga 30 April 2025.
Sebelum menyertai Sabah FC, João Pedro beraksi bersama Viettel FC di Liga Vietnam dari Mac hingga Julai 2024, di mana beliau membuat 12 penampilan dan menjaringkan dua gol. Beliau dibawa masuk untuk menggantikan penyerang sebelumnya, Ramon Machado, yang menamatkan kontrak lebih awal pada Julai lalu.
Leave a Reply